Saturday, July 16, 2011

Tiada tuhan melainkan Allah.

Sibuk sangat manusia sekarang..
Kerana dunia sudah makin bernikmat
Tapi tidak bagi semua

Entah apa yang seronok sangat di dunia ni
Semua nikmat tak kekal lama
Allah tuhan kita,
Tuhan segalanya
Tapi banyak manusia menjadi hamba
Kepada ciptaan tuhan segalanya

Tidakkah Allah Maha Penyayang?
Kerap kali mengingatkan kita
Kerap kali mengampunkan kita
Kerap kali memberi peluang
Pada kita, manusia yang hina

Apa lagi yang tak cukup?
Hingga ada yang menyatakan Allah pedendam kerana mencipta neraka..
Bukan kah itu salah kita kerana memilih neraka?
Sedangkan syurga telah tersedia

Memang dia Yang Maha Adil
Senang sahaja kita mendapat dosa,
Sangat senang pula kita mendapat pahala
Tengok sahaja pun boleh mengundang dosa,
Lihat sahaja pun dikurnia pahala..

Faham lah
Faham lah betul-betul
Kenapa hanya Allah layak disembah..

No comments:

Post a Comment