Bunyian kuat menyedarkanku..
Sedar mengantuk, wudhu menyegarkanku
Subuh tiba lalu pagi menjelma
Betapa berserinya pagi ramai yang tak menyangka
Adalah kerana
Ramai yang tak mampu bangkit
Tenang dapat ku rasa
Yang huru-hara tiada
Aman damai menyelubungi hati
Angin berjalan dingin di tepi
Nyaman, segar udaranya
Sihat ku rasa
Indahnya pagi
Waktu kegemaranku
Saat mulanya hidup
Pada tersebut kian hari
Ada seketika di lubuk hati
Ku ingin berhentikan masa
Lalu dapat ku nikmati
Rasa waktu yang paling indah dalam hari
No comments:
Post a Comment