Tuesday, July 10, 2012

Musuh yang sangat dekat

Selama mana telah kita lalui..
Usia yang panjang sehingga kini
Hampir mustahil kita sendiri
Manusia penuh mengisi duniawi
Hidup penuh dengan interaksi

Mungkin seseorang sangat mulia
Mungkin masih ada segelintir manusia
Mungkin wujud sifat durjana
Yang memusuhi walau yang mulia

Tidaklah mungkin tidak dibenci
Kalau tidak selalu, mungkin ada sekali
Setiap orang mungkin dimusuhi
Tak semua sedar akan diri sendiri

Diri sendiri musuh utama
Kerana dia kita merana
Penyebab kita dihina
Penyebab kita terseksa
Penghalang kita daripada berjaya
Sedang kejayaan tak jauh mana
Tapi dia tetap berusaha
Membuat kita jatuh tak bermaya

Selagi mana kita tak kuasai
Tak lain lagi diri sendiri
Selagi itu yang diharapi
Mungkin tidak akan dikecapi..