Sungguh, apa erti kemerdekaan sebenar?
Adakah kita sedar apakah kemerdekaan?
Ramai yang ada disoal, ramai pula yang ada menjawab
Berbeza golongan yang ditanya dan menjawab
Ada yang berkata bahwa merdeka itu kebebasan
Sungguh, tidak lah jelas jawapan tersebut kerana hanya menyebut nama lainnya
Setelah disoal lagi
Kebebasan dari penjajah, biasa kita dengar..
Mungkin kerana perkataan merdeka itu selalu disebut,
Disebut waktu bebas daripada penjajah,
Penjajah luar yang menghunus senjata dan merosakkan bumi,
Bumi yang menjadi dunia selesa kita..
Pada golongan yang lain pula,
Erti kemerdekaan itu
Berdikarinya kita dalam negara
Tanpa diperintah bangsa yang tidak kita biasa,
Tidak kita fasih bahasanya
Ada juga yang berfikiran
Merdeka ialah kegembiraan,
Kegembiraan yang dapat dirasa,
Kerana majunya negara, tingkatnya ekonomi,
Melambaknya makanan,
Penuhnya hiburan tak terkata
Adakah benar itu maksud merdeka?
Adakah sesuai kita mengaku bebas jika semua itu merdeka?
Benarkah kita bebas daripada penjajah,
Sedangkan kita berada di naungan mereka tanpa kita sedar?
Benarkah kita berdikari,
Sedangkan kita perlu barangan import tanpa had?
Benarkah kita gembira,
Sedangkan kita menganggap negara maju itu kurang kayunya, lebih batu dan keluli?
Sedangkan ekonomi tidak menentu, hiburan tidak bersih dan makanan seperti sumber segala racun?
Sungguh, tidaklah kita merdeka jika tergolongnya dari semua itu..
Maksud merdeka,
Yang paling cantik,
"Menjadi hamba hanyalah kepada Allah.. Tuhan yang satu.."