Sunday, December 23, 2012

Perasaan satu bercampur semua

Tidak jelas apa yang aku rasa, kerana aku seorang manusia.
Kadang sangka yang dirasa gembira, sebenarnya duka yang menekan jiwa.
Berkali-kali rasa tak sanggup, meneruskan perjalanan hidup.
Syukur masih ada iman, yang memaksa aku teruskan..

Walau bertahun singgah di dunia, tapi kenal baru sahaja.
Sungguhlah bermacam perkara ditimpa, ada yang mudah dan yang sukar pun ada.
Tiap kali rasa tak berdaya, sekarang kenang telah pun berjaya.
Kalau tak diberi bantuan dari Nya, takkan aku lepas semuanya..

Walau sedar akan nikmat, ditambah pula dengan rahmat,
Tapi diri ini selalu gagal, berkali-kali berasa kesal.
Atas dosa dan salah yang terlaku, semuanya berpunca daripada aku.
Syukur selalu aku diingatkan, bahwa Allah sentiasa memaafkan..

Walau apa pun yang sedang hadapi, bahagia dan tenang inginku perolehi.
Masih berusaha menjadi hamba, yang sentiasa ingin mencapai syurga.
Tiap kali senang datang bertandang, susah dan sukar tiba berselang.
Kenapa diriku sungguh lemah, mudah sangat menjadi rebah..

Ya Rabb, ambillah diriku, jangan serahkan diriku,
kepada aku yang tak mampu uruskan,
atau kepada orang lain, sungguh mereka akan mensia-siakan.

Apa yang telah ada lebih dari harapan.
Tapi aku masih ingin mengharapkan.
Perkara yang baik untuk aku dapat.
Walau telah banyak nikmat.

Sungguh patut aku bersyukur, dan menjadi hamba yang akur.
Diizinkan merasa nikmat harta, dan segala nikmat dunia.
Begitu bertuah punyai sahabat, dan sebagai kawan yang dapat membuat,
Aku ingat pada Tuhan.

Kita tahu kenapa kita suka, pada dia yang mengubat luka.
Kita tahu kita sayang dan cinta, pada si dia yang indah jelita.
Tapi adakah kita sedar yang sebenarnya, kenapa sayang padanya?
Memang benar bila bersama, kebahagian tiba bersama.
Tapi mengapakah bahagia? Adakah kerana rupa?
Tidak benar kerana rupa, walau sungguh dia jelita.
Sebab utama adalah kerana,
Dia pengingat pada Allah yang Maha Kaya..

No comments:

Post a Comment